ASSALAMUALAIKUM WBT

IHTIFAL PASTI 2009

LAWATAN

Ahad, 26 Julai 2009

SUKANEKA PASTI NURUL ILMI - BANDAR PERDA
















26hb.Julai 2009 Bukit Mertajam, Pasti Nurul Ilmi , Bandar Perda . Mengadakan Hari Sukaneka . Bermula jam 8.15 pagi dan berakhir pada 12.30th .

Hj.Mohmad Asre b. Hj.Jusoh selaku Pengarah Program menyatakan program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar kepada semangat berpasukan dalam melakukan apa-apa aktiviti . Selain daripada itu menjalingkan persaudaraan diantara pihak pengurusan Pasti dan Ibubapa dan waris . Program sukaneka berjaya mengumpulkan seramai 200 orang hadirin .

Turut yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh Saudara Omar Hassan , Ketua Penerangan PAS Kawasan En.Mansor Che Dan , Timbalan Muslimat PAS Kawasan Puan Fadzilah Ahmad, Penyelaras PASTI Kawasan Permatang Pauh Cikgu Marzuki Mat Zin dan Perasmian dibuat Oleh Saudara Yasrizam Yaakob ( Timbalan Pengarah Pasti Negeri Pulau Pinang ).

Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah isi air dalam botol , pecah belon , lari junjung buku , lari tarik upih dan banyak lagi .Acara Ibubapa juga tidak ketinggalan seperti Tarik Tali , Anyam ketupat , main bola pakai kain sarung -lelaki dan banyak lagi .

Selain daripada acara sukaneka , pihak penganjur menjemput Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengadakan persambahan demo pesilatan mereka .Hadirin yang hadir merasa cukup santai .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan