ASSALAMUALAIKUM WBT

IHTIFAL PASTI 2009

LAWATAN

Ahad, 26 Julai 2009

SUKANEKA PASTI NURUL ILMI - BANDAR PERDA
















26hb.Julai 2009 Bukit Mertajam, Pasti Nurul Ilmi , Bandar Perda . Mengadakan Hari Sukaneka . Bermula jam 8.15 pagi dan berakhir pada 12.30th .

Hj.Mohmad Asre b. Hj.Jusoh selaku Pengarah Program menyatakan program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar kepada semangat berpasukan dalam melakukan apa-apa aktiviti . Selain daripada itu menjalingkan persaudaraan diantara pihak pengurusan Pasti dan Ibubapa dan waris . Program sukaneka berjaya mengumpulkan seramai 200 orang hadirin .

Turut yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh Saudara Omar Hassan , Ketua Penerangan PAS Kawasan En.Mansor Che Dan , Timbalan Muslimat PAS Kawasan Puan Fadzilah Ahmad, Penyelaras PASTI Kawasan Permatang Pauh Cikgu Marzuki Mat Zin dan Perasmian dibuat Oleh Saudara Yasrizam Yaakob ( Timbalan Pengarah Pasti Negeri Pulau Pinang ).

Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah isi air dalam botol , pecah belon , lari junjung buku , lari tarik upih dan banyak lagi .Acara Ibubapa juga tidak ketinggalan seperti Tarik Tali , Anyam ketupat , main bola pakai kain sarung -lelaki dan banyak lagi .

Selain daripada acara sukaneka , pihak penganjur menjemput Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengadakan persambahan demo pesilatan mereka .Hadirin yang hadir merasa cukup santai .

Sabtu, 18 Julai 2009

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL


17hb. Julai 2009 , Teluk Kumbar Pulau Pinang

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

ANAK PASTI MENINGGAL TERJATUH PANGSAPURI .


Kita dapat merasai betapa sedih dan pilunya En Johari kehilangan anak sulungnya Adik Nur Qistina terjatuh dari Pangsapuri kediaman beliau .
Adik Nur Qistina kembali kerahmatullah akibat daripada kejadian trajis tersebut . En. Johari begitu terharu dengankehadiran rombongan kami menziarah . Yang di ketuai oleh Pengarah Pasti Negeri En Asri b Haron .
Majlis Ziarah Kematian Adik Nur Qistina , Pelajar 4 tahun Pasti Nurul Hidayah , Teluk Kumbar .

.

Baru-baru ini kita dijemparkan Kematian Setiausaha Politik Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock sebagai satu tragedi yang amat menyedihkan.

Ini terjadi tragedi yang ke 2 pula dalam minggu yang sama . Berturutan .

Semua warga Pasti Negeri , Kawasan dan Cawangan-cawangan terkejut dan bersimpati .



En Asri memberikata semangat dan melahirkan perasaan simpati yang amat sangat . Ini kejadian yang pertama yang semasa beliau memegang tugasan sebagai Pengarah Pasti Negeri .


Bersama-sama dalam program ziarah itu beberapa orang exco Pasti Negeri En. Zamadi , Tengku Azmi dll .







Sebagai semangat setiakawan dan ukuwah persaudaran Islamiah , terutama anak-anak pasti.


Saya dan En. Samsudin Said Pengerus 2 Pasti Nurul Ilmi , Bandar Perda mengeringi Penyelaras Pasti Kawasan Cikgu Marzuki Mat Zin mewakilai Pasti Kawasan Permatang Pauh bersama-sama dalam majlis tersebut .











Pengurus Pasti , Pasti Nurul Hidayah ,Teluk Kumbar . Semasa beliau membuka majlis menangis terisak-isak tak dapat berucap , mengenangkan peristiwa yang menimpa Adik Nur Qistina . Beliau menyatakan ini samua kehandak Allah , mungkin ada hikmah disebalik kejadian .


Beliau membuat Tahlil dan Doa selamat .




Akhir pertemuan itu Pihak Pasti Negeri , En Asri menyampaikan sumbangan daripada Pasti Negeri Pulau Pinang dan disusuli oleh Pasti Cawangan dan penyumbang-penyumbang yang lain .





SESUNGGUHNYA YANG HIDUP

PASTI MATI









Isnin, 13 Julai 2009


20 Jun 2009 - TAHNIAH kepada kontinjen PASTI PULAU PINANG kerana telah berjaya mendapat TEMPAT KEDUA ( NAIB JOHAN ) PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERINGKAT PUSAT. Kepada pasukan BOLA JARING juga diucapkan TAHNIAH kerana dapat masuk ke peringkat suku akhir. INSYAALAH TAHUN depat kita akan berusaha keras untuk menjadi JOHAN.
Pulau Pinang juga telah diamanahkan menjadi tuan rumah tahun depan ........

Ahad, 12 Julai 2009

SEJARAH PASTI

Sejarah Pasti Malaysia
Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu maka timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam. Pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.
Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Satu perkara yang menarik pada ketika itu ialah dari segi pengasasan pengelolaan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan. Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).
Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Manakala di Kelantan pusat pra sekolah yang dikenali sebagai Putra Islam yang di kendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988.Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat pra sekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri masing-masing. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Muktamar Tahunan Ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat. Ustaz Abu Bakar Abdullah dari Terengganu telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan PASTI yang pertama.
Seminar PASTIPada 29- 30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang, Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Penyelarasan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarasan Manhaj Pendidikan Prasekolah’ oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama Sdra. Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Sdra. Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan Sdra. Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.
LogoPada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan pertambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Khamis, 9 Julai 2009

PENGENALAN PASTI NURUL ILMI



SELAMAT DATANG KE BLOG PASTI NURUL ILMI

BANDAR PERDA