Pasti Nurul Ilmi , Bandar Perda telah menghantar dua orang wakil ke program itu iaitu Hj Mohd Asre ( Pengurus Pasti ) dan Samsudin Said ( Timbalan Pengurus )
Kiri Cikgu Hj Rosli bin Shuhaime ( Setiausaha Pasti Pusat )
tengah Cikgu Abdul Kadir Dewa ( Timbalan Ketua Pengarah Pasti Pusat dan
En Asri bin Haron ( Pengarah Pasti Negeri P.Pinang )
Pengerusi Majlis Cikgu Yasrizam b Yaakob ( Timbalan Pengarah 1 )
Pengarah Pasti Negeri Pulau Pinang -En Asri b. Harun memberi ucapan
Pembentang Kertas Kerja 1 ( Pengurusan dan Pentadbiran )
Cikgu Abdul Kadir Dewa
Pembentang kertas kerja 2 - Pengurusan Kewangan
Cikgu Hj Rosli bin Shuhaime
Para peserta yang hadir
Inilah wakil Pasti Bandar Perda - Hj Mohd Asre Jusoh dan Samsudin b Said
Sebahgian Barisan Exco Pasti Negeri P.Pinang
======================================================
Dalam Seminar itu banyak perkara dapat dipelajari
1.Bab Ahli Jawatankuasa dari Pengurus Cawangan hinggalah kepada AJK semua kena buat kerja masing-masing . Barulah boleh ikut apa yang dibentangkan . Apabila kita balik dicawangan tak jadi macam itu . AJK ada 15 orang , semua bidang tugas telah diagih-agihkan namun dalam 15 orang itu 5 orang saja yang betul-betul buat kerja , yang lain hanya ada atas kertas sahaja . Kalau macam itu macam mana nak buat ?
Bila Pengurus Cawangan tekan sikit suruh buat kerja macam-macam alasan . Mau tak mau
5 orang nilah yang kena tanggung .
2. Bab Cikgu Pasti pula . kita tak nafi Cikgu Pasti banyak berkorban dalam mengajar dan mendidik anak-anak kita . Yang boleh kenal doa adalah kerana Cikgu . Yang bolah hafal adalah kerana Cikgu .dan lain-lain semua kerana Cikgu .
Nak cerita sikit baru-baru ini Cikgu kami berpindah jadi terpaksa cari seorang lagi untuk
sesi 2010 , bukan senang bagitahu muslimat Cawangan tanya kut-kut ada dikalangan Muslimat ,tak ada . Tanya MGP Kawasan pun tak berhasil . Cari-cari jumpalah itu pun harap-harap boleh kekal hingga tahun 2011 .
Dalam soal ini saya terkadang takut juga nak tegur guru-guru kita takut-takut nanti dia orang cabut 24 jam , jenoh kita nak cari lain . Macam mana Pengurus boleh buat kerja macam dalam Seminar sekiranya kuasa boleh dikatakan berada ditangan guru . Fikir-fikir;ah .
Apa pun guru adalah yang terbaik .