ASSALAMUALAIKUM WBT

IHTIFAL PASTI 2009

LAWATAN

Sabtu, 19 Disember 2009

SEMINAR PENGURUSAN PASTI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG


Pasti Nurul Ilmi , Bandar Perda telah menghantar dua orang wakil ke program itu iaitu Hj Mohd Asre ( Pengurus Pasti ) dan Samsudin Said ( Timbalan Pengurus )


Kiri Cikgu Hj Rosli bin Shuhaime ( Setiausaha Pasti Pusat )
tengah Cikgu Abdul Kadir Dewa ( Timbalan Ketua Pengarah Pasti Pusat dan
En Asri bin Haron ( Pengarah Pasti Negeri P.Pinang )

Pengerusi Majlis Cikgu Yasrizam b Yaakob ( Timbalan Pengarah 1 )

Pengarah Pasti Negeri Pulau Pinang -En Asri b. Harun memberi ucapan

Pembentang Kertas Kerja 1 ( Pengurusan dan Pentadbiran )
Cikgu Abdul Kadir Dewa

Pembentang kertas kerja 2 - Pengurusan Kewangan
Cikgu Hj Rosli bin Shuhaime


Para peserta yang hadir


Inilah wakil Pasti Bandar Perda - Hj Mohd Asre Jusoh dan Samsudin b Said


Sebahgian Barisan Exco Pasti Negeri P.Pinang

======================================================
Dalam Seminar itu banyak perkara dapat dipelajari

1.Bab Ahli Jawatankuasa dari Pengurus Cawangan hinggalah kepada AJK semua kena buat kerja masing-masing . Barulah boleh ikut apa yang dibentangkan . Apabila kita balik dicawangan tak jadi macam itu . AJK ada 15 orang , semua bidang tugas telah diagih-agihkan namun dalam 15 orang itu 5 orang saja yang betul-betul buat kerja , yang lain hanya ada atas kertas sahaja . Kalau macam itu macam mana nak buat ?

Bila Pengurus Cawangan tekan sikit suruh buat kerja macam-macam alasan . Mau tak mau
5 orang nilah yang kena tanggung .

2. Bab Cikgu Pasti pula . kita tak nafi Cikgu Pasti banyak berkorban dalam mengajar dan mendidik anak-anak kita . Yang boleh kenal doa adalah kerana Cikgu . Yang bolah hafal adalah kerana Cikgu .dan lain-lain semua kerana Cikgu .

Nak cerita sikit baru-baru ini Cikgu kami berpindah jadi terpaksa cari seorang lagi untuk
sesi 2010 , bukan senang bagitahu muslimat Cawangan tanya kut-kut ada dikalangan Muslimat ,tak ada . Tanya MGP Kawasan pun tak berhasil . Cari-cari jumpalah itu pun harap-harap boleh kekal hingga tahun 2011 .

Dalam soal ini saya terkadang takut juga nak tegur guru-guru kita takut-takut nanti dia orang cabut 24 jam , jenoh kita nak cari lain . Macam mana Pengurus boleh buat kerja macam dalam Seminar sekiranya kuasa boleh dikatakan berada ditangan guru . Fikir-fikir;ah .

Apa pun guru adalah yang terbaik .

Jumaat, 30 Oktober 2009

BOMBA DI AIRPORT




LAWATAN KE AIRPORT PENANG

KAMI MEDAPAT TAKLIMAT OLEH PEGAWAI YANG BERTUGAS IAITU EN KUANG GIM LENG
HJ MOHD ASRE MEWAKILI PASTI NURUL ILMI , BANDAR PERDA MENYAMPAIKAN CANDRAHATI KEPADA EN KUANG GIM LENG

EN KUANG MEMBERI PENERANGAN DAN TAKLIMAT BERHUBUNG DENGAN AIRPORT PENANG
CIKGU MARZUKI SEBELAHNYA PUAN SALINA WAKIL AIRPORT MENDENGAR TAKLIMAT

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang

Berhimpun Sebelum Betolak Di Masjid Perda


Isnin, 10 Ogos 2009

VIRUS H1N1

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.
Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.
Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
Individu berusia 65 tahun dan ke atas
Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
Wanita mengandung
Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi
Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Selasa, 4 Ogos 2009

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus." Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya."Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

Ahad, 26 Julai 2009

SUKANEKA PASTI NURUL ILMI - BANDAR PERDA
















26hb.Julai 2009 Bukit Mertajam, Pasti Nurul Ilmi , Bandar Perda . Mengadakan Hari Sukaneka . Bermula jam 8.15 pagi dan berakhir pada 12.30th .

Hj.Mohmad Asre b. Hj.Jusoh selaku Pengarah Program menyatakan program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar kepada semangat berpasukan dalam melakukan apa-apa aktiviti . Selain daripada itu menjalingkan persaudaraan diantara pihak pengurusan Pasti dan Ibubapa dan waris . Program sukaneka berjaya mengumpulkan seramai 200 orang hadirin .

Turut yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh Saudara Omar Hassan , Ketua Penerangan PAS Kawasan En.Mansor Che Dan , Timbalan Muslimat PAS Kawasan Puan Fadzilah Ahmad, Penyelaras PASTI Kawasan Permatang Pauh Cikgu Marzuki Mat Zin dan Perasmian dibuat Oleh Saudara Yasrizam Yaakob ( Timbalan Pengarah Pasti Negeri Pulau Pinang ).

Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah isi air dalam botol , pecah belon , lari junjung buku , lari tarik upih dan banyak lagi .Acara Ibubapa juga tidak ketinggalan seperti Tarik Tali , Anyam ketupat , main bola pakai kain sarung -lelaki dan banyak lagi .

Selain daripada acara sukaneka , pihak penganjur menjemput Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengadakan persambahan demo pesilatan mereka .Hadirin yang hadir merasa cukup santai .